HOME CIKGU KURIKULUM KOKURIKULUM HEM S/U SUKAN EMAIL

Guru Sebagai Model


 Guru ? Cikgu ? Teacher ?


Guru merupakan model dan teladan bagi anak-anak didiknya dan semua orang yang menganngap dirinya itu sebagai seorang guru. Guru sebagai model. Guru adalah sebagai cermin bagi anak didik terutamanya bagi anak-anak murid pada zaman sekarang ini yang jika kita lihat mudah terpengaruh dengan dorong ingin meniru yang sangat ketara. Semua tingkah laku guru akan berpengaruh bagi anak didik, begitu juga tutur kata guru,secara sedar atau tidak sedar akan merupakan model bagi anak didik. Setiap murid mengharapkan guru-guru mereka dapat menjadi contoh atau model baginya. Oleh itu, seorang guru hendaklah menjaga apa yang hendak dibicarakan, baik tutur katanya serta menggunakan bahasa yang baik dan benar. Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan oleh guru iaitu imej sebagai seorang guru, mempunyai pengetahuan yang luas, sifat kepimpinan, mempunyai emosi yang stabil, pencorak peribadi murid dan pengembang ataupun ejen sosial.

with love
cikgu diyana.

No comments:

Post a Comment